Teknik visualize dream merupakan salah satu ‘ultimate technique’ untuk mempunyai minda jutawan dan seterusnya secara realiti menjadi jutawan. Mungkin ramai yang tahu, tapi pasti kurang yang mempraktikkannya. Ini mungkin ramai yang tidak percaya bahawa teknik ini betul-betul dapat menzahirkan impian anda kepada kenyataan. ‘Visualize dream’ atau dalam bahasa Melayunya, melihat impian anda secara visual menjadikan anda lebih dekat dan mudah untuk mencapai impian.
Bagi yang tidak tahu bagaimana sebenarnya teknik ini, anda perlu melihat impian anda walaupun belum lagi mejadi kenyataan. Antara perkara yang sering saya lakukan ialah dengan ke Showroom kereta mewah, test drive Ferrari Fiorano impian saya. Kalau tak dapat test drive pun minta petugas showroom untuk membuka pintu bagi anda duduk dalam kereta tersebut. Mungkin ramai yang datang ke showrrom kereta mewah, namun kalau pintu kereta terkunci anda hanya mengintai di tingkap kereta sahaja. Ini salah, kerana dengan perbuatan anda, anda pasti mempunyai perasaan sayu “bilalah aku nak merasa beli kereta ni, naik pun cukuplah”.Kalau anda seperti itu, anda sebenarnya belum cukup keyakinan diri untuk menjadi jutawan.
Setiap kali anda melihat kemewahan yang anda impikan, perasaan yang wajib ada ialah semangat dan katakan pada diri anda, “tak lama dah, satu hun sahaja lagi!”. Pendek kata anda perlu percaya yang anda akan capai apa yang anda sedang lihat dan rasa. Kerana saya percaya, bahawa reliti adalah apa yang anda percaya di dalam minda anda. Di sini kesilapan ramai orang di saat lihat kereta atau rumah mewah, ramai yang tercetus dalam hati kecilnya, “hai… bilalah aku nak dapat”. Secara tidak langsung anda telah meletakkan impian tersebut begitu jauh dan sukar sekali untuk dicapai. Kesannya, itulah kenytaan yang akan berlaku, payah sekali untuk anda menghasilkan duit.
Saya pasti, ramai yang melihat adalah sukar atau hampir mustahil untuk seorang blogger menjadi jutawan. Tambahan kalau blogger tersebut bermain dengan pasaran Malaysia (blog Bahasa Melayu). Jadi kalau anda berfikir begitu jangan mimpilah nak jadi Jutawan Blog! Kerana itu apa yang anda percaya, dan saya pasti itulah yang bakal jadi kenyataan.
Masih saya ingat seorang kawan yang betul-betul mengamalkan teknik ini. Beliau pergi ke kawasan perumahan mewah. Duduk tenung rumah satu-satu. Melihat kepuasan yang tergambar pada tuan rumah. Waktu itu beliau hanya menunggang motosikal kriss sahaja. Namun pada hari ini beliau sudah memiliki 1 buah banglo mewah di kawasan elit. Kereta mewah berderet-deret dan itu semua dicapai beliau dalam masa 3 tahun sahaja. Masih saya ingat waktu beliau masih menunggang motosikal kriss, ramai yang tertawa apabila mengetahui tabiat beliau tersebut. Pada hari ini yang ketawa , putih mata kerana masih lagi menjadi hamba duit dan hamba orang. Yang diketawakan sudah boleh tersenyum puas melakukan apa sahaja yang beliau inginkan.
Berkenaan ‘visualize dream’, suka saya ingatkan bahawa Islam telah mengajar kita tentang ini melalui ihsan. Rasulullah S.A.W pernah ditanya oleh Jibril A.S yang menyamar sebagai seorang lelaki berpakaian putih tentang apa itu Ihsan, lalu Rasulullah S.A.W menjawab Yaitu bahwa engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia melihatmu.
Dalam hadis berkenaan yang diriwayatkan oleh Umar Ibnu Khatab, kita di ajar untuk menjadi seorang Islam yang benar-benar Islam yang tetap imannya. Kita perlu ‘visualize’ sesuatu yang sebenarnya hampir mustahil untuk siapa pun membayangkan. Jadi, untuk menjadi seorang jutawan, hartawan, usahahawan atau apa sahaja impian anda adalah perlu kita mengamalkan teknik ‘visualize’ ini. Ilmu ihsan tidak diturunkan melalui apa-apa perantara, ianya diajarkan oleh Jibril A.S secara langsung kepada semua sahabat yang bersama Rasulullah S.A.W pada ketika itu. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu berkenaan, yang mana bukan sahaja di applikasikan dalam ibadat namun dalam semua aspek kehidupan dan bisnes.
Similar Posts:
- Minda Jutawan untuk Orang Susah
- Popular atau Tidak: Mana Satu Pilihan Anda?
- Internet Marketing Guru yang Menipu
- Impian Saya Tahun 2009: Azam Tahun Baru
- Kuasa Minda Dalam Menjadi Seorang Jutawan




November 10, 2008
Memang benar. Sebenarnya tanpa angan2, orang takkan dapat bina KLCC, KL TOWER, SMART TUNNEL, MENARA TELEKOM dan sebagainya. Dengan angan2 yang betul, ia mampu menggerakkan kita kepada matlamat yang kita mahu capai. Otak kita akan bekerja mengikut arahan yang kita sendiri programkan. Lagipun akal fikiran kita recall ingatan melalui gambar. Kalau kita sedang fikirkan lilin, maka lilin’lah yang akan tergambar dalam otak kita. Jadi bila kita berjaya gambarkan kejayaan kita dengan baik, maka secara tak langsung tenaga, semangat dan idea kita akan menuju ke arah kejayaan kita tu. Tahniah MAS DINO. Artikel yang sangat bijak.
Post terakhir dari blog Sifu LAN.Rahsia terhebat khusus untuk ‘PRO BLOGGER’ telah dilancarkan.
November 10, 2008
Artikel yg bagus moneyceo.teknik ‘visualize’ ni jugak salah satu teknik kuasa minda,yang mana kita menyarankan kepada minda kita untuk dapat apa yg kita hajati,dan gambaran itu mesti jelas sejelas-jelasnya.Kalau kita nak rumah besar,pastikan gambaran dalam minda kita rumah besar kita ni ada 5 bilik,swimming pool dan sebagainya.Dari sini minda bawah sedar kita mula bertindak,menggerakkan segala tindak tanduk kita menjurus kepada apa yang kita hajati.thanks for the great info bro
November 10, 2008
great artikel dino..suma org mmg patut usaha seboleh2nya untuk merealisasikan angan2 dan cita..anyway,ko mmg dah byk berubah kan??congrats to you..bl blh lepak,citer2..msti ko bz gler..
November 11, 2008
Dulu aku ada terlibat dengan satu syarikat MLM dan cara mereka memotivasikan peserta sama caranya yang di ‘post’kan Oleh Mas Dino.
Nyatakan impian anda (letak di dalam minda)dan pergi dapatkannya (usaha).
Post terakhir dari blog wachak.Personal coaching
November 11, 2008
em..memang betul tu bro ,macam saya sendiri juga begitu ,pertama kali saya ingin pergi travel di thailand ,saya letakkan banyak gambar2 di bilik saya dan menetapkan masa dalam beberapa lama saya ingin mencapai impian itu ,dan bila masa kerja otak cuma fikir nak pergi thailand dah sudah happy ,dengan formula ini kita boleh menpunyai power yang “kuat” untuk mencapai kejayaan .
p.s bro produk rahsia jutawan blog saya sudah buat review di blog ,ada senang berikan sedikit komen tentang penulisan saya .
Post terakhir dari blog pakar clickbank.Pakej Rahsia Jutawan Blog
November 11, 2008
[...] sebulan hanya dari blog.USD bukan RM… Dalam banyak2 orang duk pertikai benda nih…Mas Dino atau lebih dikenali sebagai MoneyCEO, seorang bekas jutawan dengan berani telah menerbitkan sebuah [...]
November 11, 2008
Dah tgk the Secret and dia ajar benda2 ni. In fact, aku dapat keputusan cemerlang PMR & SPM pon sebab aku dah visualise dari kecik2 lagi. bukan nak riak tp nak bgtau memang betul.
tapi post ni memang bukak mata aku lagi sbb ada sentuh pasal ihsan dan iman. memang tak penah terpikir la sblom post mas dino ni..
thanks sbb share brader. smoga hidup kita sume diberkati. InsyaAllah.
Post terakhir dari blog The Sleepy Surfer.Why you should take care of your health
November 11, 2008
hehe..aku pulak , setiap hari tengok gambar kat dinding rumah scooter idaman aku..hehe.. sebeleum tu dah test dah..
Post terakhir dari blog Richie.The Pro And Con’s Using Wireless Broadband
November 11, 2008
ini semua betul…. ini dikatakan law of atttraction… tetapi dlm islam inilah doa… setiap apa yg kita fikirkan dan ucapkan adalah doa… sbb itu kita kena bercakap yg elok sentiasa kerana apa yg diucap itu adalah doa… buat visual board letakan gambar apa2 yg kita idamkan letak dirumah atau office yg senang kita tgk dan ‘visualise’….’What you think about, you bring about, your thoughts your feeling create your life’.
November 11, 2008
Yup itu juga yang saya belajar…visualize dan nampaknya kebanyakan Jutawan tahu apa yang dia visualizekan…satu info yang menrik dari money ceo…congrats
November 12, 2008
betul tu bro..kita ade matlamat..bila bro meceritakan tenatg kereta..terringat pula cerita kereta idaman saya yang diceritakan di blog saya di http://juniorim.com/?p=238..kiranya matlamat saya dah tepat la tu hehehee..isyallah..saya akan berjaya pada masa depan..dengan impian saya yang menjulang-julang untuk mejadi yang terhebat dikalangan yang terhebat
Post terakhir dari blog yazidyahaya.Bolehkah kita menjadi Jutawan???
November 13, 2008
usaha, doa, usaha n tawakal..insyaallah bjaya..satu lg klu nk dimurahkan rezeki, bykkan menderma..tuhan akan bls blk..ni bnda btl..dgn derma, duit kita xkn abis, malah akn btmbh..sy slalu amalkan amalan ni, slps menderma, mesti akn dtg rmai pelanggan..bkn nk riak..cuma nk ckp bnda btl, tuhan btl2 pemurah..
Post terakhir dari blog x-po shop.PANDUAN MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DI EBAY
November 13, 2008
lepas jumpa smlm terus post topik yea..
good job!
November 17, 2008
Another good sharing from You MAS DIno!
What man’s mind can conceive..they can achieve it! (Think and grow rich-by Napoleon Hill)
Visualize is part of element for us to achive what we want in life.
Saya memang tertarik cara Mas Dino menghuraikan bagaimana konsep VISUALIZE dalam islam dan telah di ajar oleh Malaikat Jibrail dan telah dipraktikkan di zaman Rasulullah S.A.W melalui solat.
WanZ
December 1, 2008
syabas dino… teknik ini juga di panggil doa…
dalam filem the secrets ada dinyatakan tentang perihal ini..
the law of attraction…
lagi bagus kita detail kan sekali.. contoh kereta idaman.. warna.. sport rim, interior, dan bayangkan kita berada dalam kereta tersebut, dan nak lagi power.. tutup mata.. dan bayangkan kita sedang memandu kereta tersebut, sambil menekan hon.. dan sebagainya.
December 15, 2008
hebat r ko dino..syabbas!. Aku stuju sangat dengan kaedah visualization ni. sebab aku dah lalui pengalaman tu dalam bisnes aku.
December 22, 2008
kaedah ini sepatutnya diterapkan dulu dalam minda kita.
tp jgn berangan je, tp xde tindakan!
=)
bak kata irfan khairi, jadi angan2 mat jenin moden
hehe
December 29, 2008
memang benar apa yg awak nyata kan,hidup kena ada wawasan..tahniah dino
January 5, 2009
tahniah bro..moga sdr sentiasa terkehadapan dalam bisnes ni..dan aktif membantu yang memerlukan..amin