Mengenai Saya
      RSS Subscribers

      Update melalui Twitter
      • At my hometown, just spending a night here 3 weeks ago
      • Sobahal khair everyone... Solat Subuh yuk.... 2009-05-27
      • Latest electricity bill, RM 750. Sama macam installment kereta Perdana V6. Kena cari alat penjimat elektrik ni 2009-05-26
      • What a wonderful world! Thanks Allah for all the rezki keep coming this morning. Thanks for giving me freedom in my life. I LOVE My Life! 2009-05-26
      • Kenapa ramai tak suka dangdut? Adakah telinga saya jer dengar irama dangdut ni best?? Hohoho.. 2009-05-26
      • More updates...

      Posting tweet...

      MyBlogLog
Malaysia Flag

Nama saya ialah Mohammad Fadino atau di dalam dunia Internet dikenali sebagai MoneyCeo atau Mas Dino. Lahir pada 6 Ogos 1983 dan sudah berkahwin pada usia 18 tahun. Saya mempunyai 4 orang anak, 3 lelaki dan 1 perempuan. Isteri saya seorang suri rumah sepenuh masa. Buat masa sekarang saya dan keluarga tinggal di Negeri perak.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Pokok Sena Pulau Pinang. Ibu saya seorang Jururawat, disebabkan bertukar tenpat kerja, kami berpindah ke Bagan Datoh Perak. Dari tingkatan satu hingga lima saya bersekolah di SMK Khir Johari Sungai Sumun. Setelah habis persekolahan menyambung pendidikan di Pusat Matrikulasi Kolej TAJ Sungkai, Perak. Sehabis matrikulasi menyambung pelajaran di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tekad saya dalam dunia perniagaan disokong oleh tanggungjawab terhadap keluarga saya, saya membuat keputusan untuk keluar dari kuliah dan bergiat sepenuh masa dalam business. Kareer business saya bermula dengan business MLM, di situ saya kenal banyak usahawan yang boleh dikatakan berjaya dengan kelulusan yang biasa sahaja. Mereka adalah orang-orang luar biasa yang berjaya dengan tiada kelulusan dan modal.

Namun, setelah syarikat MLM yang saya ceburi gulung tikar, saya beralih arah ke online business. Saya mula terlibat dengan skim perlaburan internet, pada ketika itu saya beruntung kerana kebanyakan pengusaha skim-skim ini adalah jujur. Dari skim perlaburan internet, saya mencuba untuk bermain sendiri dana saya di dalam futures, FOREX dan pasaran saham. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Tahun 2007 merupakan tahun yang amat bermakna buat saya dan keluarga. Pada tahun 2007 saya berjaya menjadi jutawan dalam matawang USD. Syarikat yang saya tubuhkan bersama kawan telah membuahkan hasil yang sangat lumayan. Namun, segalanya tidak bertahan lama. Kerana ketamakan kami memilih seorang trader FOREX yang dikatakan boleh menghasilkan untung yang sangat lumayan, kami kerugian hampir RM 10 juta. Kerugian tersebut hampir membuatkan saya kehilangan segala-galanya.

Pada awal tahun 2008, saya bertekad untuk menjadikan online business sebagai sumber kekayaan saya. Saya menyertai program affiliate, menjadi penjual e-bay dan penulis blog. Alhamdulillah pendapatn yang dihasilkan cukup untuk menanggung kami sekeluarga. Saya sudah dapat merasai dan yakin perniagaan online sperti ini akan menjadikan saya jutawan sekali lagi!

Mohammad Fadino


 Powered by Max Banner Ads 
 
icon for podpress  Standard Podcast [0:58m]: Play Now | Play in Popup | Download

Share/Save/Bookmark

Comments

9 comments
  1.  Buat Duit Dengan Jutawan Blog | Blogger Profesional
    November 9, 2008

    [...] Kalo nak tahu cerita berkaitan Mas Dino sila ke sini. [...]

    CommentLeave a reply
  2.  Jananet dot Com » Blog Archive » Jutawan Blog
    November 12, 2008

    [...] Pada awal tahun 2008, beliau bertekad untuk menjadikan online business sebagai sumber kekayaan. dengan menyertai program affiliate, menjadi penjual e-bay dan penulis blog Blog Mas Dino menggunakan Arthemia theme oleh Michael Jubel (sama macam Theme blog ni..kebetulan he..he..) Kalau nak tengok blog dia pun sedap mata memandang. Cara penulisannya santai tapi penuh dengan isi-isi yang bernas. Boleh baca kisah beliau di sini - Siapa Mas Dino [...]

    CommentLeave a reply
  3.  Money CEO: Jutawan Blog | Wisdom Of A Young CEO
    November 12, 2008

    [...] Nama beliau ialah Mohammad Fadino, lebih dikenali sebagai Money CEO atau Mas Dino. Tengok saja pada gambar di atas segaknya seorang CEO yang kini adalah jutawan blog. Dia merupakan bekas pelajar di SMK Khir Johari Sungai Yumun, bekas mahasiswa Matrikulas Kolej TAJ Sungkai dan Fakulti Perubatan UKM. Jadi di sini kita dapat tahu Mas Dino merupakan pelajar yang pintar. Tetapi dek kerana dia sudahpun berkeluarga pada awal usia 18 tahun , dia terpaksa meninggalkan pengajiannya untuk menanggung keluarganya dan nekad untuk menumpukan 100% kepada dunia perniagaan. Sudah banyak jenis perniagaan yang pernah dicuba beliau, ada juga yang rugi. Biasalah adat nak berjaya, pasti bersua dengan kegagalan.  MLM, skim pelaburan, Forex, menjual barangan hinggalah ke perniagaan internet. Tetapi Mas Dino mempunyai semangat dan fikiran yang luar biasa akhirnya dia berjaya juga dalam perniagaan. Beliau memang layak untuk digelar Money CEO!! Boleh baca kisah beliau di sini - Siapa Mas Dino [...]

    CommentLeave a reply
  4.  kha_wanone
    February 21, 2009

    Saya pun baru nak menceburi bidang bloging dan ebay…nak jana pendapatan interent..harap Mas Dino dapat meyumbang dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dlam bidang ini..sekian

    http://kha-online-duit.blogspot.com/

    CommentLeave a reply
  5.  ram
    March 9, 2009

    Saya pun baru nak menceburi bidang bloging.Harap tuan sudi berkongsi dan menurunkan pengalaman tuan dlm bidang ini

    CommentLeave a reply
  6.  azmi
    March 15, 2009

    adakah saya boleh jadi seperti awak dan bagaimana?saya ingin juga berkongsi pengalaman di dalam bidang ini.

    CommentLeave a reply
  7.  aishah
    March 17, 2009

    ape jenis MLM yang Mas Dino ceburi tu ye..
    boleh x sya nak jadi macam Mas Dino..
    Saya mempunyai cita2 besar nak jadi jutawan dalam
    business melalui Internet..
    cayo la Mas Dino..Muda lagi dah jadi Millionaire

    CommentLeave a reply
  8.  nur syazananie damea adenan
    March 17, 2009

    sy baru lagi di sini… sesiapa bleh mengajar sy untuk membuat blog???

    CommentLeave a reply
  9.  nazrim
    May 21, 2009

    akum , ada sesiapa yang bleh komen blog sy ,sebab sy masih baru dlm bidang ni. kinabalusuccess.blogspot.com

    CommentLeave a reply

Leave a Comment